SLIDE SHOW MY LIVINA CLUB XTVT`S

Tuesday, November 4, 2008

UNDANG-UNDANG BAGI KELAB

UNDANG-UNDANG BAGI KELAB PEMILIK BERDAFTAR NISSAN GRAND LIVINA (MY LIVINA CLUB) FASAL 1 - NAMA1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Kelab Pemilik Berdaftar Nissan Grand Livina atau nama ringkasnya My Livina Club dan selepas ini disebut sebagai Kelab di dalam undang-undang ini.FASAL 2 - TEMPAT URUSAN2. Alamat dan tempat urusan Kelab ini ialah Blok D14-9, Desa Tun Hussien Onn, Jalan Jelatik 54200 KUALA LUMPUR atau tempat-tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. Alamat untuk surat menyurat ialah Blok D14-9, Desa Tun Hussien Onn, Jalan Jelatik 54200 KUALA LUMPUR.3. Alamat berdaftar Kelab tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Majlis Tertinggi Kelab dan Pendaftar Pertubuhan.FASAL 3 - BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA4. Jenis-jenis simbol dan lambang, rekabentuk, ukuran, warna serta huraian mengenai rekabentuk bagi Kelab yang digunakan adalah sepertimana di Lampiran A.FASAL 4 - TUJUAN5. Tujuan penubuhan MyLivina Club adalah: a. Mengeratkan ikatan silaturahim dan semangat kekeluargaan sesama ahli. b. Mengisi masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti permotoran, riadah dan kemasyarakatan. c. Memberi kemudahan kepada ahli seluruh Malaysia berhubung melalui laman web http://www.mylivinaclub.com.d. Menjadi sebuah komuniti yang boleh menjana pendapatan kepada ahli melalui jual beli di dalam portal ini. e. Menjadi sebuah komuniti yang berhak bersuara dan menuntut hak pengguna. f. Membentuk ahli menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi, disegani dan memimpin komuniti dengan adil dan saksama. g. Membentuk sebuah komuniti yang kuat dan disegani oleh Kelab permotoran lain. h. Mencipta dan mengukir nama agar dikenali di seluruh dunia dalam apa jua bidang. i. Mencari penaja yang dapat membantu ahli Kelab ini untuk mendapatkan keistimewaan dari pelbagai syarikat penaja untuk aktiviti Kelab dan memberi keistimewaan kepada ahli setiap tahun. j. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.k. Memperkenalkan Nissan Grand Livina kepada umum. l. Yang penting kami mahu keceriaan dan keseronokan. 6. Membentuk sebuah Kelab besar yang kukuh dan disegani dengan mempunyai pelbagai kepentingan di dalamnya yang dapat menjana pendapatan kepada ahli, Kelab, syarikat di samping menjalankan segala aktiviti Kelab dengan jayanya. FASAL 5 - MATLAMAT7. Mengumpul seberapa ramai ahli dengan bayaran yuran tahunan dan dapat menjalinkan ikatan persaudaraan Seluruh Malaysia dan sedunia. 8. Menjalankan berbagai-bagai aktiviti seperti konvoi, riadah, sukan permotoran dan apa jua aktiviti yang menarik dan berfaedah yang boleh menjadikan Kelab ini disegani dan terkenal yang akan menarik lebih ramai lagi ahli. 9. Menjadikan laman web Kelab sebagai sebuah laman web yang amat berguna, berinformasi dan sangat diminati oleh semua golongan usia. 10. Menetapkan aktiviti rasmi setiap tahun bagi tujuan memudahkan ahli membuat persiapan dengan lebih sempurna dan teratur. 11. Menubuhkan Kelab ini bagi mengendalikan segala urusan keahlian dan aktiviti permotoran pemilik Nissan Grand Livina. 12. Mencipta berbagai-bagai produk keluaran Kelab ini bagi tujuan ahli dapat mengumpul apa jua cenderamata My Livina Club dan menambah pendapatan tabung Kelab bagi menjana apa jua aktiviti. 13. Mendaftar Hak Cipta Terpelihara (R) ke atas Logo My Livina Club. 14. Menubuhkan Koperasi My Livina Berhad bagi tujuan memberi peluang ahli melabur dan mendapat keuntungan. (Jika berkemampuan).15. Mencari syarikat-syarikat penaja seperti syarikat trading, bengkel kereta, aksesori, cenderamata, majalah, restoran, pusat riadah dan berbagai-bagai lagi yang memberi keistimewaan kepada ahli, bukan saja dari segi wang ringgit malah dari segi kelebihan menjadi ahli. 16. Tidak mustahil suatu hari nanti Kelab boleh bekerjasama dengan pengeluar Automobil ternama dunia untuk menjadi tenaga pengajar atau penasihat bagi kenderaan Nissan Grand Livina. FASAL 6 - KEAHLIAN17. Jenis-jenis ahli adalah seperti berikut:- a. Ahli Biasa.b. Ahli Gabungan. c. Ahli Kehormat.d. Ahli Seumur Hidup.e. Ahli Tak Hadir. 18. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui borang permohonan yang disediakan dan dihantar kepada AJK Pendaftaran Pusat/Cawangan secara manual dengan menyertakan dokumen yang berkaitan, seterusnya hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin untuk pertimbangan.a. Salinan geran/registration certificate yang dikeluarkan oleh mana-mana Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia atau resit tempahan dari syarikat kenderaan berdaftar jika ahli belum menerima kenderaan. b. Salinan Kad Pengenalan/MYKAD dan Salinan Lesen Memandu (yang masih belum tamat tempoh).c. 1 keping gambar ukuran passport (bagi tujuan pengeluaran kad ahli).d. Menjelaskan wang pendaftaran sebanyak RM 50.00 ringgit (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) (pendaftaran keahlian berserta wang proses sebanyak RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja) ke dalam akaun My Livina Club. Setiap tahun yuran yang dikenakan sebanyak RM 25.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Sahaja).19. Permohonan-permohonan menjadi ahli di tempat di mana Cawangan berkenaan belum ditubuhkan hendaklah diuruskan mengikut cara itu juga oleh AJK Pendaftaran dan Jawatankuasa Tertinggi.a. Dikehendaki mengisi borang keahlian. b. Mesti menjelaskan yuran kemasukan ahli. c. Setiap permohonan yang telah diluluskan, dan membayar bayaran masuk yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Kelab dan mempunyai hak sebagai ahli. d. Jawatankuasa Cawangan boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.20. Larangan Menjadi Ahli.a. Pelajar universiti/kolej tempatan, tidak boleh diterima menjadi ahli Kelab kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada Naib Canselor Universiti atau Pengetua Kolej berkenaan.b. Keahlian akan luput apabila ahli itu berhenti sendiri atau diberhentikan kerana didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan tersebut.c. Keahlian dan keistimewaan pemilik kenderaan Nissan Grand Livina akan terbatal dengan sendirinya jika pemilik asal kenderaan Nissan Grand Livina menjualnya dengan secara rasminya. FASAL 7 - YURAN BAYARAN MASUK/BAYARAN KHAS21. Yuran yang dikenakan adalah sepeti berikut:a. Ahli Biasa. Yuran keahlian untuk tahun pertama adalah sebanyak RM 50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) beserta yuran proses kemasukan ahli RM 5 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja) akan dikenakan ke atas setiap permohonan baru kemasukan ahli. b. Ahli Gabungan. Bagi ahli gabungan yuran adalah 50% daripada jumlah yuran ahli yang didaftarkan.c. Ahli Kehormat. Tidak dikenakan apa-apa bayaran.22. Semua yuran tahunan hendaklah dibayar mengikut tarikh tamat keahlian. Yuran boleh dibayar melalui Bendahari Agong/cawangan berkenaan secara manual atau online banking. 23. Yuran memperbaharui (renewal) untuk tahun seterusnya hanya RM 25 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Sahaja) akan dikenakan. Tiada sebarang yuran proses akan dicaj bagi pembaharuan keahlian bagi tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, semua ahli perlu memperbaharui keahlian dalam masa 3 BULAN dari tarikh tamat tempoh bagi tahun tersebut. Sebarang pembaharuan keahlian melebihi tempoh 3 bulan TANPA ALASAN YANG MUNASABAH dan bagi ahli di perkara 17. e dikecualikan. Jika ahli yang tidak menjelaskan dan memperbaharui keahlian dari tarikh tamat tempoh tersebut dan ingin menyertai kembali Kelab ini ia dikira sebagai permohonan keahlian baru di mana Yuran Proses akan dikenakan.24. Bayaran khas, kutipan atau kenaikan wang kutipan tahunan daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dikutip dengan persetujuan mesyuarat agong dan semua ahli. 25. Setiap permohonan yang berjaya akan diberikan sehelai kemeja T, satu unit pelekat cermin hadapan, pelekat cermin belakang, bendera kecil Kelab (diletakkan di dashboard) dan kad keahlian berserta nombor keahlian. Hanya ahli My Livina Club yang sah layak menerima barang-barang ini. Ahli forum yang tidak mengisi borang keahlian tidak akan menerima keistimewaan ini.26. Tarikh kemasukan keahlian tahunan akan dikira dari tarikh borang permohonan diproses. Hendaklah diingatkan bahawa nombor pendaftaran ahli yang mendaftar di laman web forum My Livina Club tidak sama dengan penyertaan sebagai ahli berdaftar Kelab ini. Ahli berdaftar juga haruslah berdaftar sekali lagi di forum sekiranya hendak berforum. Ahli berdaftar juga haruslah berdaftar sekali lagi di seksyen forum sekiranya hendak berforum. Segala pertanyaan forum bolehlah ditujukan kepada forumadmin@mylivinaclub.com.FASAL 8 - PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI27. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Kelab hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Agong dan menjelaskan segala hutangnya. 28. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Tatatertib. Jawatankuasa ini terdiri dari Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari dan AJK Pendaftaran. Sebelum Jawatankuasa Tatatertib memecat atau menggantung keahlian tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agong menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.FASAL 19 - PENASIHAT/PENAUNG76. Jawatankuasa Majlis Tertinggi boleh, jika difikirkan perlu melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.FASAL 20 - PERLANTIKAN SYARIKAT-SYARIKAT PENAJA77. Jawatankuasa Majlis Tertinggi boleh, jika difikirkan perlu melantik syarikat-syarikat penaja yang berkelayakan untuk Kelab ini dengan syarat syarikat yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.FASAL 21 - AKTIVITI KELAB78. Semua aktiviti Kelab yang dirancang oleh cawangan hendaklah dimaklumkan kepada AJK Promosi atau wakil cawangan terlebih dahulu ini adalah untuk memantau setiap aktiviti supaya ia tidak melanggar etika pelembagaan Kelab. FASAL 22 - LARANGAN79. Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam premis Kelab, Roulette, Lotto, Fan Tan, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker's game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.80. Kelab atau ahli-ahlinya tidak harus menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.81. Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Kelab atau pegawai-pegawai atau Jawantankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;82. “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Kelab 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Kelab kepada mana-mana ahlinya.83. Ahli Kelab tidak dibenarkan sama sekali menyertai sebarang perhimpunan haram dengan menggunakan nama Kelab ini anjuran mana-mana badan politik. Tindakan menarik balik keahlian dan membubarkan cawangan terlibat serta merta akan dilakukan tanpa rayuan jika didapati bersalah melanggar Akta Keselamatan Negara oleh mahkamah atau pihak berkuasa awam.FASAL 23 - TINDAKAN TATATERTIB84. Ahli-ahli akan dikenakan tindakan tatatertib atau/dan dipecat keahliannya sekiranya kelakuan dan sebarang kenyataan yang dibuatnya didapati oleh Majlis Tertinggi bertentangan dengan kepentingan dan nama baik Kelab.85. Walau bagaimanapun tindakan memecat seseorang ahli hanyalah akan diambil setelah ahli berkenaan diberi peluang untuk membela diri. Kecuali jika anggota telah didapati bersalah oleh mahkamah maka Majlis Tertinggi tidak perlu mengambil keterangan dari ahli tersebut.XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXSetiausaha(Mohd Hafiz bin Meh)XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Presiden (Wan Mohd Yuzaini bin Wan Yusoff)[/size]xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx_________________ Presiden My Livina Club .....Still Mafia....

0 comments:

-->